Sabtu, 25 Ogos 2012

NOTA FOTOGRAFI KU....

 
   Saya adalah peminat fotografi.Sentiasa belajar untuk menambah ilmu dalam bidang ini.Saya menghadiri kelas fotografi,dengan jurugambar yang berpengalaman dan banyak membaca buku fotografi.Itu lah saya, NGALLEH RAWING...

   1.  SPEED/SHUTTER
             Shutter Speed adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej.Jika dalam keadaan cahaya yang kurang ,lagi lama masa yang diperlukan oleh kamera untuk menggumpul cahaya bagi mendapatkan gambar yang baik.Bagi mengetahui bagaimana pergerakan dirakamkan, gunakan kelajuan (speed) yang berbeza. Sebagai contoh, jika kita menggunakan 1/30sesaat, ia akan merakamkan gambar biasa bagi subjek yang bergerak.Jika menggunakan 1/500, subjek bergerak akan terhenti serta merta.Untuk merakamkam gambar aksi sukan, gunakan kelajuan yang tinggi
melainkan anda ingin merakamkan imej dengan pergerakan.Namun perbezaan antara INDOOR dan OUTDOOR, SPEED tidak sama.


2. APETURE
       Apeture adalah berapa luas iris lensa kamera dibuka. Lebih luas (keadaan gelap/kurang cahaya) ianya
dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.Apeture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4.Apeture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16.Apeture yang besar hanya fokus pada satu bahagian sahaja.Berbeza dengan apeture kecil seperti f/16 akan fokus pada semua. Jarak di dalam fokus dipanggil 'depth of field’.

3. Apa pula ISO?

   Ini perlu difahami bagi mendapatkan gambar yang menarik. ISO juga dahulunya dikenali sebagai ASA. ISO adalah berapa sensitif filem atau digital kamera pada cahaya.ISO adalah 100 hingga 1600.ISO digunakan utk menolong menambah SPEED/SHUTTER dan Apeture.Ini berpandukan jenis kamera yang kita gunakan. Tetapi ingat, kawalan ISO yang tidak betul akan menyebabkan gambar kita terlampau cerah dan menpunyai bintik merah kekuningan yg dipanggil ‘noise’.

4.WHITE BALANCE
  Di untuk melaraskan pada keadaan cuaca/keterangan keadaan.



5. Penggunaan FLASH
   FLASH sangat berguna dlm fotografi...semasa outdoor atau indoor.Namun gambar yang dirakam dengan melangkau kemampuan flash kita akan menjadi kurang terang/gelap. Ini satu masalah jika tidak memahami
kemampuan flash kita. Harus diingat, kebanyakan kamera biasa kita, kemampuan maksima flash adalah kurang dari 8 meter.Tetapi jika subjek lebih dr 8 meter,tingkatkan ISO kamera kita.

6.Pencahayaan.
  Jika tiada cahaya, imej tidak akan dapat dirakamkan, cahaya semulajadi adalah cahaya
terbaik untuk merakamkan subjek kita.

7.Cara pegang kamera.
    Elakkan getaran semasa menekan butang 'shutter'. Jika anda bergetar semasa menekan butang 'shutter', gambar anda akan menjadi kabur.

8. Tema gambar kita.
    Kita mesti tahu apakah yang kita inginkan. Walaupun kita melihat sesuatu subjek yang menarik, tetapi
kita tidak tahu apa yang kita ingin rakamkan, gambar kita tidak akan  menarik.

 9.  Tripod Kamera.
      Sesuai untuk merakam gambar di dalam situasi yang kurang cahaya. Gunakan ‘shutter’ yang perlahan untuk mendapatkan cahaya yang cukup ke dalam kamera anda. Contoh ‘shutter yang perlahan seperti  1/15, 1/10.

 10.‘Reflector’/alat pemantul cahaya.
  Boleh dgunakan  untuk menambahkan pencahayaan pada subjek kita. Kadangkala menggunakan cahaya
‘flash’ kamera kita kurang menyerlahkan  karektor asli subjek kita.Biasanya ‘reflector’ sesuai digunakan semasa merakam gambar potret.


   Ini lah serba sedikit asas fotografi.Rajin-rajinlah untuk mendalami ilmu fotografi.Banyak-banyaklah membaca buku atau majalah mengenai fotografi.

  SELAMAT BERJAYA

  NGALLEH RAWING....




     

KURSUS PHOTOGRAPHER DAN ASAS PENCAHAYAAN DSLR @ KOLEJ KOMUNITI SELAYANG



  OUTING kt TASIK METROPOLITAN KEPONG..datang lewat sikit.matahari dh naik..tambahan pula cuaca mendung2 sikit..Maizatul Farida jd peserta kursus @ model..


CIKGU  MAHTHIR MUHAMMAD


CIKGU MUHAMMAD ZULKARNAIN MOHAMMED AWAN




KELAS


MAIZATUL FARIDA MODEL @ PESERTA KURSUS 

kami lah MERURUN JULAU GROUP...mandi sungai semenyih

 
     Kesegaran yg menyejukkan..tetapi ttp happy.sekali-sekala trn mandi sungai bersama geng2 FB.Sambil2 bakar ayam dan ikan...

masa kecik-kecik dulu seronok mcm ni...


  wrestling dlm sungai.salah satu kegemaran masa aku kecik2 dulu...seronok juga...tp awas..batu bnyk tepi2 tu...

"beamat-amat dik ipar"...sarawak sama sarawak nd aku...


  geng2 ni mmg tahan sejuk..berendam sj..sambil gusti.yg kt tebing tukang gelak..aku apa lg..pengadil aja lah..

jernih nya sungai..hijau nya daun.mesti kita kekalkan.


   salah satu sungai area selangor yang masih jernih dan bersih sungai nya.area ni kalau nk mandi2 bersama keluarga sgt sesuai.tp jauh sikit masuk ke dlm.jauh juga dr pekan..kalau nk bemlm mmg best.sunyi...tp kena cr port yg best2..kalau dulu sungai kelang gate..ulu empangan sedap tempat camping sambil2 tangkap ikan..sbb sungai nya masih bersih seperti sungai ini juga.